Kelas ICT – Fungsi Perisian Komputer

15 Disember 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 14 Disember 2023, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Melugu telah mengadakan Kelas ICT kepada ahli-ahli PEDi Melugu. Kelas ini diadakan bertujuan untuk mengulangkaji peserta tentang komputer yang merangkumi fungsi perisian komputer.

Dalam kelas ini, peserta dikehendaki untuk mengenalpasti dan memadankan perkataan yang betul tentang fungsi perisian komputer menggunakan template Quiz di laman web Wordwall. Peserta diminta untuk maju ke hadapan dan memadankan perkataan berkenaan di Smartboard. Markah akan dipaparkan setelah peserta menyelesaikan tugasan berkenaan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali